fbpx

Wozniacki dedah punca bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOZNIACKI mengakui penyakit yang dialami itu menyebabkan dia terpaksa membuat keputusan bersara daripada sukan tenis. – AFP

LONDON – Juara Terbuka Australia 2020, Caroline Wozniacki akhirnya membuka mulut me­ngenai persaraannya daripada dunia tenis berikutan penyakit yang dialaminya pada tahun 2018.

Wozniacki, 29, disahkan me­ngalami penyakit rheumatoid arthritis pada tahun 2018 iaitu sejenis penyakit radang kepada sendi-sendi hingga menyebabkan dia terpaksa menahan ke­sakitan yang begitu perit.

Penyakit itu menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit serta kaku dan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.

“Saya berada di puncak karier ketika saya didiagnosis mende­rita penyakit rheumatoid arthritis. Meskipun mengalami kesakitan saya masih mampu menjuarai Terbuka Australia.

“Sepatutnya saya beraksi di Terbuka Amerika Syarikat selepas itu, namun saya mula me­ngalami kesakitan di bahagian sendi, keletihan yang berterusan dan gejala lain yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya.

Wozniacki turut menjelaskan bagaimana penyakit ini mempengaruhi hidupnya dan juga sukan tenis.

“Saya akui tidak dapat
meng­angkat tangan, bahu, siku manakala tangan dan kaki saya terasa amat sakit. Saya juga berdepan masalah untuk bangun dari tempat tidur.

“Suatu hari saya terbangun dalam kesakitan yang teruk sehingga suami terpaksa membantu. Saya tidak dapat menggerakkan badan. Saya segera mendapatkan rawatan perubatan dan itulah permulaan pe­nyakit ini.

“Suami dan keluarga saya sa­ngat membantu. Sebelum ini emosi saya tidak stabil dan sukar untuk menjelaskan kepada semua orang mengenai penyakit yang saya alami ini,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI