fbpx

PKPD di Apartment Amber Court dan PPA Muar dilanjut sehingga 20 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court di Jalan Genting, Bentong dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor dilanjutkan 14 hari lagi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di dua kawasan itu dilanjutkan sehingga 20 Januari depan selepas terdapat pertambahan kes dan risiko jangkitan di kawasan terbabit.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan (KKM), telah melaksanakan 1,180 ujian saringan di Apartment Amber Court dan daripada jumlah itu sebanyak 454 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,180 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 454 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM turut mengesahkan ujian saringan kedua masih perlu dijalankan kepada sebahagian kontak rapat dan terdapat risiko yang tinggi jangkitan Covid-19 di lokaliti ini,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu katanya, bagi PPA Muar, KKM telah melaksanakan 827 ujian saringan dan sebanyak 40 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM turut mengesahkan masih terdapat pertambahan kes positif harian yang direkodkan dan sebanyak 38 baki sampel saringan yang masih menunggu keputusan,” jelas Ismail Sabri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI