fbpx

ATM sedia 1,015 aset bantu banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika sidang akhbar Operasi Murni di Wisma Pertahanan tadi.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menggerakkan hampir 1,015 aset miliknya dalam Operasi Murni sebagai persediaan membantu negeri terjejas banjir termasuk Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persediaan itu turut melibatkan seramai 4,983 pegawai dan anggota.

“Antara aset yang akan digerakkan ATM termasuklah 226 buah trak satu ton, 538 buah trak tiga ton, 188 buah bot tempur, 10 buah bailey bridge, dua buah pesawat pengangkut dan enam buah helikopter.

“ATM sentiasa bersiap sedia membantu kerana kita tahu operasi banjir diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kita sedia menggerakan anggota dan aset terlibat,” katanya di Wisma Pertahanan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI