fbpx

Pelajar USIM lemas dihanyutkan air deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar USIM lemas dihanyutkan air deras.

KLUANG – Seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan dekat sini ditemui mati lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai melimpah di Kampung Bentong di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan untuk ke rumah seniornya dikenali sebagai Amir yang tinggal di Kampung Bentong.

“Bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, memberitahu Hakimi mahu ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki banjir.

“Mangsa juga ada memberitahu rakannya bernama Syafikh bahawa dia dapat tahu ada jalan lain ke Kampung Bentong iaitu melalui jalan Kampung Melayu Nyior.

“Namun selepas daripada itu, percubaan untuk menghubungi telefon bimbit milik mangsa dan pencarian di rumahnya juga gagal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, mangsa adalah pelajar tahun pertama USIM.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI