fbpx

Lelaki murung hilang selepas keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harapnya abang Bomba tak murung.

KUALA KRAI – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas pergi ke air terjun Kampung Lata Golok, Chenulang di sini.

Berdasarkan maklumat, motosikal, selipar dan pakaian milik mangsa, Mohd. Faqif Mat Using, 27, dijumpai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan I, Jafar Jafari Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.14 malam semalam.

Katanya, seramai empat anggota bomba bergegas ke lomasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan perincian.

“Berdasarkan laporan awal, Mohd. Faqif keluar rumah untuk ke air terjun Kampung Lata Golok pada tengah malam Khamis lalu.

“ Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah sehingga menyebabkan keluarganya pergi mencari mangsa di sekitar kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, selepas lebih 24 jam mencari, keluarga kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran pada pukul 8 malam semalam.

Jafar Jafari berkata, polis kemudian bertindak memaklumkan kepada pihak bomba untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan anggota BBP Sungai Durian membuat pemantauan keadaan semasa di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi SAR dijalankan sejak semalam dan telah disambung semula pukul 7 pagi hari ini,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI