fbpx

[VIDEO] Johor, Pahang tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan cuba melalui jalan yang dinaiki air di jalan Kampung Sungai Soi - Kempadang di Kuantan hari ini. - Foto oleh Shaikh Ahmad Razif

PETALING JAYA – Bencana banjir yang melanda Johor dan Pahang semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat mendadak kepada hampir 10,000 orang semalam.

Jumlah itu meningkat lima kali ganda berbanding 1,800 orang yang ditempatkan di PPS di dua negeri tersebut kelmarin.

Setakat pukul 7 malam tadi, Johor mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 6,006 orang melibatkan tujuh daerah.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu ke­nyataan berkata, sebanyak 76 PPS dibuka di Johor dan Pahang.

“Jumlah mangsa (di PPS) dijang­ka meningkat bergantung kepada cuaca semasa,” katanya.

Di Johor, jumlah mangsa banjir melonjak kepada 6,060 orang terdiri daripada 1,589 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar ne­geri, R. Vidyananthan berkata, ia merupakan satu peningkatan besar berbanding 1,780 mangsa pada pukul 8 malam kelmarin.

“Daerah paling terkesan ialah Johor Bahru. Walaupun bila­ngan mangsa meningkat, tiada PPS baharu dibuka,” katanya.

Seorang wanita menjadi korban banjir yang pertama selepas terjatuh ke dalam longkang semasa mahu menyelamatkan diri di Kluang kelmarin.

Banjir turut menyebabkan 10 jalan di Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru terputus hubungan.

Di Pahang, sebanyak sembilan daerah terjejas dengan Kuantan merekodkan bilangan mang­sa tertinggi iaitu 1,097 orang.

Setakat pukul 5 petang, sembilan daerah itu masih mene­rima taburan hujan lebat yang dijangka berlanjutan hingga Selasa ini.

Sungai-sungai utama di Pahang juga dilaporkan melepasi paras bahaya melibatkan Sungai Lipis, Sungai Kuala Gandah, Su­ngai Pahang, Sungai Lepar dan Sungai Lembing.

Hujan lebat berterusan turut menyebabkan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 1) dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditutup selama sembilan jam

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca bahaya peringkat merah di Pahang dan Johor.

“Dua negeri ini menerima hujan lebat berterusan selama dua hari sejak semalam,” katanya.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad memaklumkan, sebanyak 91 pencawang elektrik di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dihentikan sementara operasi berikutan banjir di ke­dua-dua negeri tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI