fbpx

Budaya ‘pilih bulu’ dalam PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujud budaya memilih ‘bulu’ dalam peng­agihan peruntukan kontrak membaik pulih kemudahan infra­struktur pasukan tersebut.

Abdul Hamid berkata, sikap berat sebelah itu berlaku di pe­ringkat kontinjen dan daerah di seluruh negara apabila individu yang sama didakwa memperoleh sesuatu kontrak.

Menurut beliau, Jabatan Logistik mempunyai kuasa mengagih­kan kontrak berskala kecil seperti membaiki pendingin hawa, lampu, cermin, dinding serta lain-lain.

“Saya terima aduan berhubung perkara ini (pilih bulu). Siasatan mendapati kontraktor yang mengenali pucuk pimpinan kontinjen dan daerah itu kerap diberikan projek.

“Saya sudah mengeluarkan arahan kepada pegawai supaya mengagihkan projek secara adil kepada kontraktor kecil kerana mereka mengharapkan keuntu­ngan tidak seberapa itu untuk meneruskan hidup,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Bukit Aman di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, budaya pilih bulu tersebut perlu didedahkan agar ia dapat dihentikan sebelum menjadi barah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ramai yang memberi fokus gejala rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, tetapi kali ini saya mahu mendedahkan pula Jabatan Logistik.

“Budaya ini harus dihentikan. Saya tidak mahu sentuh kontinjen dan daerah mana.

“Saya beri peluang supaya mereka memperbetulkan kea­daan sebelum keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI