fbpx
Siti Nurhaliza

Banjir, Siti risaukan keluarga di Kuala Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan kebimbangan dengan situasi banjir yang melanda beberapa buah negeri termasuk negeri kelahirannya, Pahang.

Menerusi satu entri yang dimuat naik dalam Instagramnya, anak kelahiran Kuala Lipis itu memohon orang ramai agar mendoakan keadaan banjir yang melanda kebanyakan negeri reda secepat mungkin.

“Banjir semakin teruk di beberapa negeri termasuk Pahang. Saya mendoakan agar ujian ini dipermudahkan untuk semua yang terbabit mengharunginya.

“Semoga bantuan, keprihatinan dan ihsan sesama kita dapat dihulurkan bagi membantu. Ayuh kita doakan agar segalanya pulih seperti sediakala,” tulisnya.

 

Status yang dimuat naik Siti di Instagram miliknya.

Tambah penyanyi kesayangan ramai yang popular menerusi lagu Kuasa Cintamu itu, dia turut susah hati apabila mengenangkan keadaan keluarganya yang berada di Kuala Lipis, Pahang dan tidak putus-putus memohon doa agar semuanya dilindungi Allah.

Media melaporkan bencana banjir yang melanda Johor dan Pahang semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat mendadak kepada hampir 10,000 orang semalam. – K! ONLINE

POPULAR