fbpx

Tipu hartanah RM336 juta, tiga beranak diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB Khan menunjukkan dalang utama sindiket penipuan Macau Scam yang diburu polis dalam Ops Pelican 2.0 dalam sidang akhbar di IPK Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis memburu tiga sekeluarga melibatkan bapa dan dua anak yang dipercayai merupakan dalang sindiket penipuan Macau Scam membabitkan pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek utama iaitu Teddy Teow Wooi Huat merupakan pengendali kepada dua buah syarikat yang membeli hartanah berkenaan.

Menurut beliau, Wooi Huat yang berusia 55 tahun itu meletakkan dua anak lelakinya sebagai proksi di buah syarikat berkenaan, iaitu Tuah Semenanjung Sdn. Bhd. dan MBI Properties Sdn. Bhd.

“Berdasarkan laporan polis yang diterima daripada mangsa sindiket berkenaan di Pekan Nanas dan Nusa Bestari pada Ogos lalu, Polis Johor telah melancarkan Ops Pelican 2.0.

“Hasil siasatan, polis telah berjaya menahan seramai 12 suspek yang merupakan pengarah syarikat terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 29 hingga 68 tahun antara 3 hingga 21 Disember lalu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, polis kini sedang memburu tiga suspek utama termasuklah Wooi Huat dan dua anak lelakinya iaitu Teow Ee Meng, 30, dan Teow Chee Chow, 32,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, suspek utama iaitu Wooi Huat mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan kini dipercayai berada di Danok, Thailand manakala dua anak lelakinya masih berada di dalam negara.

Difahamkan, sindiket berkenaan menggunakan wang hasil penipuan untuk membeli 100 unit kediaman mewah bernilai RM336 juta selain disalurkan untuk jual beli matawang kripto.

“Siasatan lanjut mendedahkan sejak Jun 2020, sindiket berkenaan telah menerima wang berjumlah RM25 juta menerusi akaun keldai daripada 91 akaun bank berbeza, iaitu 18 akaun peribadi dan 73 akaun bank milik syarikat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI