fbpx

Son Ye-jin, Hyun Bin sah bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Hyun Bin dan Son Ye-jin disahkan bercinta oleh agensi masing-masing.

KISAH cinta dua jiwa beza negara, Hyun Bin sebagai Kapten Rin dan Yoon Se Ri (Son Ye-jin) dalam naskhah fenomena Crash Landing On You ternyata meninggalkan impak emosi bukan sahaja terhadap penonton global, bahkan buat pelakon utama siri berkenaan.

Desas-desus percintaan antara aktres Son Ye-jin dan dan Hyun Bin sudah lama diperkatakan dan menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Paling ketara, kemesraan mereka terlihat menerusi perkongsian gambar-gambar mereka berdua sedang membeli barangan dapur di Los Angeles, California dan tersebar dalam laman sosial.

Bagaimanapun perkara tersebut masih dinafikan sehinggalah percintaan dua sejoli itu disahkan syarikat pengurusan mereka.

Memetik laporan Korea Dispatch, MS Team Entertainment yang mewakili Ye-jin manakala, VAST Entertainment (Hyun Bin) mengesahkan percintaan pasangan tersebut.

Hubungan mereka juga sudah pun bermula sejak lapan bulan lalu.

Bagi peminat, pengesahan kisah cinta Hyun Bin dan Ye-jin dianggap benar-benar ‘crash landing on you’ (betul-betul jatuh cinta) sebagai lakonan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI