fbpx

Janji masalah air Kuala Terengganu selesai April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASALAH gangguan air yang sering melanda Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang hingga menjejaskan kualiti air sejak dua minggu lalu.

KUALA TERENGGANU – Syarikat Air Terengganu Berhad (Satu) memberi jaminan masalah gangguan bekalan air yang menjejaskan lebih 139,000 pengguna di bandar raya ini, Kuala Nerus dan Marang yang kerap berlaku sejak dua minggu lalu bakal selesai menjelang sambutan bulan Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Atemin Sulong berkata, masalah disebabkan ketidakupayaan syarikat utiliti itu untuk memenuhi permintaan keperluan penduduk yang makin meningkat akan diatasi selepas tiga loji rawatan air baharu terbabit siap sepenuhnya menjelang bulan April depan.

“Ketiga-tiga loji berkenaan iaitu Loji Air Bukit Berapit, Loji Air Losong dan Loji Air Pulau Bahagia yang bakal membekalkan tambahan 184 juta meter padu air sehari disasar boleh beroperasi secara berperingkat mulai bulan depan.

“Ia akan menambah kapasiti 282 juta meter padu air sehari yang telah dibekalkan tiga loji rawatan air sedia ada sekali gus mampu memenuhi permintaan 500,000 penduduk terlibat sehingga tahun 2030,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam tentang rungutan kebanyakan penduduk bandar raya ini yang kecewa kualiti hidup mereka terganggu disebabkan kekerapan masalah gangguan bekalan air terutama sejak dua minggu lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui loji rawatan air sedia ada beroperasi pada tahap pengeluaran maksima sejak tahun 2012 dan hanya mamlu menampung 75 peratus penggunaan setiap isi rumah tiga daerah terbabit.

“Loji rawatan air itu hanya mampu untuk menyalurkan air bersih kepada 400,000 orang sahaja tetapi kepadatan penduduk kini telah meningkat sehingga 500,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI