fbpx

Idayu hamil lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idayu dan suami.

PETALING JAYA – Selepas mendirikan rumah tangga selama enam tahun, penyanyi Idayu mengumumkan dia kini hamil kandungan pertama yang sudah mencecah usia lima bulan.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 35, dalam satu perkongsian menerusi Instagram memberitahu dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan.

“Alhamdulillah syukur. Saya ingin umumkan tentang kehamilan pertama yang sudah berusia lima bulan selepas melayari perkahwinan kami selama lebih enam tahun.

“Saya memohon anda semua dapat mendoakan bayi dalam kandungan saya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat sehingga hari kelahirannya,. Insya-Allah kami akan menimang cahaya mata pertama pada Mei nanti,” katanya dalam entri tersebut.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga itu juga berpesan kepada pasangan yang belum menimang cahaya mata teruskan berdoa.

“Saya ingi menasihatkan kepada pasangan yang belum dan masih berusaha nak dapatkan zuriat, jangan mudah putus asa serta banyakkan berdoa,” katanya lagi.

Terdahulu, Idayu mendirikan rumah tangga bersama Shahrul Fadzil, 36, pada 15 Mei 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI