SAINGAN Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL) kini sudah memasuki minggu ke-17 dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa perubahan berdasarkan situasi semasa yang melanda pasukan.
Jadual perlawanan yang ketat serta ancaman Covid-19 akan menjadi faktor penilai yang utama sebelum membuat keputusan pemain yang akan dipilih dalam pasukan masing-masing.
Hari ini Sukan Kosmo! berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum.















