fbpx
Teik Cheng (kanan) menyambut penumpang di Terminal Swettenham Pier Cruise, George Town hari ini.

2,000 sudah guna feri bot laju Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai kira-kira 2,000 pengguna menaiki perkhidmatan baharu feri bot laju Pulau Pinang setakat pukul 10 pagi pada hari pertama operasi hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng berkata, rata-rata pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan itu.

“Bermula pukul 6.30 hingga 10 pagi tadi terdapat 16 perjalanan feri bot laju dengan anggaran 2,000 pengguna daripada keseluruhan 80 trip hari ini.

“Kita jangkakan akan lebih ramai pada sebelah petang memandangan hari ini adalah hari cuti umum,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan hari pertama perkhidmatan itu di sini sebentar tadi.

Perkhidmatan tersebut hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Buttetworth dekat sini dengan Terminal Swettenham Pier Cruise di sini.

Feri bot laju yang berkapasiti 200 orang itu digunakan bagi tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum diganti dengan katamaran atau bas air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN