fbpx

Mira Filzah kongsi kenangan cinta, terima plak ayat Kursi tulisan Emir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH dan Wan Emir.

PETALING JAYA – Tarikh 31 Disember menjadi masa paling istimewa untuk berkongsi kenangan terindah atau suka duka yang berlaku sepanjang tahun, khususnya 2020.

Mengisi hari terakhir 2020, pelakon popular, Mira Filzah berkongsi tentang hadiah berupa plak tulisan ayat-ayat Kursi yang ditulis sendiri cinta hatinya, Wan Emir.

Dedahnya melalui InstaStory, Mira memberitahu, Emir atau nama lengkapnya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pernah menghadiahkannya plak berkenaan sewaktu mereka belum mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.

“Hadiah from (daripada) Emir. Ayat Kursi hasio tulisan tangannya sendiri. Mungkin saya patut suruh dia untuk buat semula ini untuk konten YouTube kami. 2 April 2020,” tulis Mira yang popular menerusi drama rantaian, Bidadari Kiriman Tuhan itu.

Plak ayat suci al-Quran hasil tulisan tangan Wan Emir untuk Mira Filzah.

Bersempena dengan hari terakhir 2020 juga, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, banyak melakukan imbasan kembali apa yang terjadi sepanjang tahun 2020.

Antaranya, Mira berkongsi kenangan semasa bercinta, Emir selalu membawanya berkunjung ke beberapa buah muzium yang menjadi lokasi kegemaran mereka.

Menerusi hantaran terkini dalam Instagram, Mira berkongsi momen dengan tanda pagar #topnine2020 yang kebanyakannya dikutip semasa hari bahagianya bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu.

Mira dan Emir.

“Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya lebih daripada apa yang saya layak.

“Syukur alhamdulillah untuk setiap hari dan segalanya. Saya sudah jumpa kekasih hati saya. Tahun yang indah, terima kasih 2020,” tulis Mira.

Terdahulu, Mira menamatkan zaman bujang apabila mengikat tali perkahwinan dengan Wan Emir pada 3 September 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI