fbpx

Cubaan seludup belangkas 446 kilogram gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis mengangkat sebahagian daripada 446 kilogram belangkas yang dirampas di Pintu Masuk Maqis Pelabuhan Lumut semalam.

LUMUT – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk lapan tong belangkas seberat 446 kilogram di Pintu Masuk Maqis Pelabuhan Lumut, di sini semalam.

Pengarah Maqis Perak, Rozita Superman berkata, semua belangkas itu bernilai kira-kira RM4,660 ditemui dalam tong sama yang berisi ikan yang dibawa dari Indonesia.

“Belangkas tersebut diletakkan di bahagian bawah timbunan ikan bagi mengaburi mata pegawai penguatkuasa Maqis.

“Kesemua belangkas tersebut tidak mempunyai permit import sah yang dikeluarkan oleh Maqis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rozita berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import dikeluarkan Maqis adalah merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-keduanya mengikut Seksyen 11(2) akta sama,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI