fbpx

Anwar pemimpin tidak boleh dipercayai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHATHIR berucap pada program Amanat Perjuangan 2021 di Shah Alam hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai selepas menolak tawaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bekerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) Plus.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya amat terkilan dengan sikap Anwar yang dilihat enggan bekerjasama dan menolak pelawaannya apabila menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh enam bulan.

“Bila PH kalah dan tidak lagi menjadi kerajaan, kita cuba untuk bekerjasama dengan beliau meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lagi berada bersama PH.

“Menerusi PH Plus, kita tawarkan diri untuk bekerjasama dengan PH dan Anwar namun, dia tolak saya bulat-bulat.
Jadi, yang menolak tawaran ini bukan saya tetapi dia (Anwar),” kata pada sidang akhbar selepas program Amanat Perjuangan 2021 di sini hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas tawaran Anwar termasuk kepadanya untuk bekerjasama dengan PH namun perlu mematuhi prinsip penubuhannya bagi memastikan tiada agenda peribadi yang akan menyebabkan kehancuran seperti berlaku sebelum ini.

Jelas Mahathir lagi, pihaknya juga kecewa apabila tawarannya untuk meletak Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri juga ditolak Anwar.

“Saya beri nama Shafie pun dia tidak mahu dan nak juga jadi Perdana Menteri. Dia kena tahu, dia tidak boleh jadi Perdana Menteri kalau tidak ada sokongan yang cukup,” tegasnya.

Mengulas berkenaan hasrat Anwar untuk meletak jawatan jika tidak mendapat sokongan majoriti di parlimen, Ahli Parlimen Langkawi itu mengakui dia sudah lama mengenali sikap Anwar dan sudah memahami tindak tanduk pemimpin berkenaan.

“Kita hitung tengok Anwar adakah dia pernah tunai janji? Berapa kali dia hendak jatuhkan kerajaan?

“Kalau hendak percaya lagi dengan apa dia kata itu masalah kamu (rakyat). Saya tidak percaya apa sahaja dia cakap. Saya cuba bekerjasama dengan dia sehinggakan saya sanggup mengenepikan pendirian sendiri semata-mata untuk bekerja dengannya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI