fbpx

Rakyat Malaysia di Zagreb tidak terjejas dengan gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Gempa bumi berskala 6.4 magnitud yang melanda Petrinja di Croatia, semalam tidak menjejaskan rakyat Malaysia berikutan tiada yang dikesan berdaftar tinggal di bandar itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, rakyat Malaysia yang tinggal di Zagreb, kira-kira 60 kilometer dari pusat gempa juga dilaporkan tidak terjejas atau mengalami kemalangan jiwa.

“Kedutaan Malaysia di Zagreb berjaya menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal di ibu negara dan dilaporkan tiada yang mengalami kemalangan jiwa, tercedera atau kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang berlaku,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Luar berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan kejadian gempa bumi yang menggegarkan Croatia, semalam.

“Kementerian mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Croatia atas kehilangan nyawa dan kecederaan akibat bencana tersebut.

Katanya, Malaysia juga menzahirkan soladariti bersama republik itu di waktu yang sukar ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI