fbpx

Pemandu Kancil lawan arus diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Perodua Kancil yang melawan arus di Kilometer 1 Jalan Banting Jugra, Kuala Langat malam tadi.

KUALA LANGAT – Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta jenis Perodua Kancil secara melawan arus di Kilometer 1 Jalan Banting Jugra malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, ini susulan rakaman video terima pihaknya berhubung kejadian tersebut pukul 11.45 malam tadi.

Katanya, berdasarkan rakaman itu dipercayai berlaku apabila suspek dari arah Jalan Bandaran menghala ke Jugra yang berada di lorong kanan telah memasuki ke laluan bertentangan sehingga simpang lampu isyarat Jalan Sungai Nangka.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya telah pergi ke rumah suspek namun didapati tiada penghuni dan hanya kereta Perodua Kancil diletakkan di luar pagar rumahnya.

“Usaha mengesan suspek lelaki India yang berlingkungan umur antara 30 hingga 40 tahun itu sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Masrol Mohd. Din di talian 011-1853 9115,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Kosmo! terdahulu melaporkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipandu melawan arus berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Langat tular di laman sosial Facebook.

Dalam video berdurasi selama 29 saat itu yang dirakam pengguna jalan raya turut menyebut nombor pendaftaran kereta tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI