fbpx

Jendela perpindahan musim sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDINSON CAVANI

 

EDINSON CAVANI

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan menggesa pengurusan pasukan untuk melanjutkan kontrak pilihan setahun lagi penyerang itu di Old Trafford selepas dilihat masih menyesuaikan diri dengan pasukan itu.

 

BRENNER

AJAX Amsterdam dilaporkan bersedia untuk melengkapkan perpindahan pemain muda Sao Paulo pada Januari ini dengan nilai £11 juta (RM60.20 juta), namun perlu berdepan saingan Juventus.

 

SERGIO RAMOS

KAPTEN Real Madrid ini bakal menamatkan kontrak bersama pasukan itu hujung musim ini dan Tottenham Hotspur dilaporkan sedia untuk memberinya peluang terus beraksi selain Jose Mourinho mengakui memerlukan pemain bek yang lebih berpengalaman.

ISCO

MASA depan Isco di Santiago Bernebeu semakin menemui noktah, namun kualiti yang dimilikinya menarik minat Arsenal dan Everton untuk mendapatkan khidmatnya selain dua gergasi Itali, Juventus dan Inter turut mengintai peluang.

MARCOS ALONSO

ATLETICO Madrid dilaporkan sedang mengadakan rundingan bersama Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Marcos Alonso yang hanya kerap memanaskan bangku simpanan ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI