fbpx

Indonesia haramkan FPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Rizieq Shihab (tengah) kepada pengikutnya semasa tiba untuk merasmikan sebuah masjid di Bogor pada 7 Disember lalu. - AFP

JAKARTA – Indonesia mengharamkan sebuah kumpulan Islam berpengaruh selepas polis menahan ketuanya kerana didakwa melanggar protokol virus Covid-19 dengan mengadakan perhimpunan orang ramai, kata menteri kanan keselamatan negara itu hari ini.

Arahan tersebut mengharamkan Barisan Pembela Islam (FPI) daripada mengadakan aktiviti atau menggunakan namanya di khalayak sekali gus menyekat keupayaan kumpulan itu beroperasi.

Kumpulan berpengaruh itu terkenal di Indonesia kerana menyerbu kelab malam dan premis lain yang dianggap tidak bermoral.

FPI turut menyerang mazhab lain yang dianggap ‘menyimpang’.

“Pemerintah melarang dan akan menghentikan sebarang aktiviti FPI kerana mereka tiada kebenaran di sisi undang-undang untuk bergelar organisasi masyarakat.

“Lesen kumpulan itu untuk beroperasi tamat tempoh tahun lalu tetapi FPI meneruskan aktivitinya secara haram,” kata Menteri Kanan Keselamatan, Mahfud MD kepada pemberita di Jakarta hari ini.

Keputusan pemerintah itu mencetuskan kemarahan kumpulan Islam tersebut yang berikrar akan terus beroperasi di sebalik pengharaman tersebut.

“Mereka boleh mengharamkan FPI tetapi mereka tidak boleh menghentikan perjuangan kami untuk melindungi negara dan agama,” kata jurucakap FPI, Novel Bamukmin.

Polis menangkap pemimpin FPI, Rizieq Shihab dua minggu lalu atas dakwaan dia melanggar sekatan koronavirus dengan mengadakan ceramah yang dihadiri oleh puluhan ribu pengikutnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI