fbpx

Dubai destinasi aksi kelayakan ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOUCHARD antara pemain yang perlu mengharungi sesi kelayakan di Dubai terlebih dahulu. - AFP

LONDON – Berikutan larangan kemasukan ketat ke Australia akibat pandemik Covid-19, sesi kelayakan Kejohanan Wanita Grand Slam Terbuka Australia akan diadakan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 10 hingga 13 Januari 2021.

Seramai 128 atlet wanita terbaik dunia akan menyertai sesi kelayakan tersebut untuk ber­aksi dalam undian utama Terbuka Australia yang akan berlangsung di Melbourne pada 8 hingga 21 Februari 2021.

Pengarah Kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley me­ngakui saingan kelayakan itu terpaksa diadakan diluar Australia berikutan kawalan ketat pandemik Covid-19 di negara itu.

“Kami menghargai bantuan rakan-rakan kami di Dubai untuk mengadakan sesi kelayakan wanita Terbuka Australia 2021 kerana sekatan perjalanan ke Australia ketika ini.

“Dari awal semua perancangan kami untuk Terbuka Australia untuk memastikan pemain berpeluang untuk bermain di kejohanan berprestij ini. Meskipun ber­depan pandemik Covid-19 kami mahu ia berjalan dengan lebih selamat,” kata Tiley.

Juara dua kali Terbuka Australia dan Roland Garros, Timea Babos turut menyertai saingan kelayakan tersebut bersama sama bekas pemain ranking No.5 dunia, Eugenie Bouchard yang turut melakukan persiapan ke saingan itu.

Pemain muda yang dijang­ka menyertai saingan itu ialah pemain berusia 18 tahun, Clara Tauson yang merupakan ­pemain Denmark pertama yang menduduki ranking ju­nior dan membuat debut Grand Slam di Roland Garros tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI