fbpx

Ricciardo sedia cabar kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO menyertai McLaren untuk saingan musim depan dan sedia mencabar kejuaraan dunia. – AFP

BRITAIN – McLaren percaya pelumba baharu, Daniel Ricciardo memiliki kemampuan untuk mencabar takhta kejuaraan dunia Formula Satu (F1) pada saingan musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McLaren, Zak Brown percaya jentera pasukan itu mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan besar seperti Mercedes dan Red Bull.

Beliau juga yakin Ricciardo dan Lando Norris mampu membentuk gandingan terbaik bagi menggalas cabaran pasukan tersebut serta menyaingi pelumba-pelumba seperti Lewis Hamilton dan Max Verstappen.

“Saya fikir pasukan ini sudah memiliki semua yang diperlukan untuk mencabar kejuaraan. Bagaimanapun, ia mungkin memerlukan sedikit masa bagi mencapai potensi sebenar.

“Kami memiliki dua pelumba terbaik selain dibekalkan dengan enjin Mercedes. Pasukan ini juga memiliki staf terbaik dalam usaha jentera,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Teknikal McLaren, James Key memuji kemampuan yang dimiliki Ricciardo memandangkan beliau pernah bekerjasama dengan pelumba kelahiran Australia itu.

“Dia seorang pelumba yang hebat dan mudah untuk bekerjasama. Ricciardo berada dalam kelas tersendiri dan dia mampu beri kelebihan kepada pasukan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI