fbpx

BMW 530i M Sport Edisi Dark Shadow dijual RM392,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya 36 unit jentera ini dijual kepada peminat tempatan.

PETALING JAYA – Peminat jentera BMW kini berpeluang untuk memiliki BMW 530i M Sport Edisi Dark Shadow berharga RM392,800 yang dijual terhad sebanyak 36 unit sahaja.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, ia yang didatangkan secara eksklusif dalam warna Carbon Black hadir dengan dengan Garisan Bayang (Shadow Line) serta set roda M Performance dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

“Kemasan tersebut turut disempurnakan dengan set roda aloi ringan M Performance 20 inci dalam penggayaan Double-spoke 669 M Orbitgrey, serta gril kidney hitam berglos tinggi.

“BMW 530i M Sport Edisi Dark Shadow Edition akan dihiasi dengan material kulit Black Dakota yang dipadankan dengan sulaman berwarna biru atau material kulit Cognac Dakota dengan sulaman berkontras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mulai 4 Januari 2021, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition baharu akan disediakan secara eksklusif di BMW Shop Online https://shop.bmw.com.my.

Pelanggan boleh menempah varian jentera sedan bisnes itu dengan bayaran RM1,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI