fbpx

Amit Sadh mahu bunuh diri tanpa sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIT SADH

PELAKON Amit Sadh membuat pendedahan terbuka tentang kisah lampaunya yang pernah cuba membunuh diri ketika zaman remaja.

Aktor berusia 37 tahun itu mengakui, dia pernah cuba untuk membunuh diri sebanyak empat kali ketika berusia antara 16 hingga 18 tahun.

Apa yang memeranjatkan, Amit memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang alasan untuk menamatkan hidupnya. Biasanya, dia terfikir untuk membuat percubaan bunuh diri selepas bangun daripada tidur.

Hanya selepas percubaan kali keempat, barulah pelakon yang pernah membintangi filem Kai Po Chi itu sedar bahawa membunuh diri bukanlah pengakhiran terbaik. Sejak dari situ, dia berhenti daripada mencederakan dirinya.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidaklah semudah seperti yang disangka, sebaliknya Amit mengambil tempoh selama 20 tahun bagi mengatasi kecenderungan bunuh diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI