fbpx

Ajay Devgan punca Tabu tak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TABU

BIARPUN telah melewati usia 50 tahun, aktres Bollywood, Tabu masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Alasan yang selalu diberikannya adalah terikat dengan jadual kerja yang padat.

Bagaimanapun menurut laporan Times of India, pelakon jelita itu pernah memberitahu bahawa rakan baiknya yang juga aktor, Ajay Devgan sebagai punca dirinya masih solo dan belum berkahwin sehingga kini.

“Saya telah mengenalinya (Ajay) selama lebih 25 tahun kerana dia adalah jiran dan kawan baik kepada sepupu saya, Sameer Arya. Kami berdua membesar bersama-sama.

“Ketika zaman kanak-kanak, Sameer dan Ajay akan mengintip dan mengekori ke mana sahaja saya pergi dan akan memberi amaran kepada mana-mana budak lelaki yang bercakap dengan saya,” ujar Tabu yang menuduh Ajay sebagai pembuli sehingga menyebabkan dia solo sehingga kini.

Tabu dan Ajay membesar dalam kawasan kejiranan yang sama. Terdahulu, pelakon filem Jawaani Jaaneman itu pernah bercinta dengan aktor Sanjay Kapoor, Nagarjuna dan pembikin filem, Sajid Nadiadwala, namun tidak berakhir dengan perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI