fbpx

Pemandu lori diberkas, tiga nyawa melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dilanggar sebuah lori dalam satu kemalangan mengakibatkan tiga kematian petang tadi.

KLUANG – Pemandu lori 10 tan yang melanggar tujuh kenderaan di Kilometer 85.5 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Plaza Tol Machap di sini petang tadi sehingga meragut tiga nyawa, ditahan sejurus kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, suspek warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menahan pemandu iaitu lelaki warga tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

“Namun, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Renggam menuju ke arah Machap.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu gagal mengawal lori lalu merempuh tujuh kenderaan yang berhenti di lampu isyarat pada arah yang sama,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hang Seng berkata, kemalangan itu menyebabkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Mereka ialah penumpang kereta Hyundai Elantra iaitu Wong Fook Onn, 55; Chong Yoke Choo, 52; dan Tan Sow Ngo, 55.

Menurut Hang Seng, kemalangan itu turut menyebabkan lapan mangsa yang lain mengalami kecederaan termasuk empat dirawat di zon kuning.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI