fbpx

Kawalan ketat di Madrasah Daril Naim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah Mohamad Piah (kanan) meninjau Madrasah Daril Naim dekat Melor yang merupakan kawasan dalam Kluster Halban.

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan membuat kawalan 24 jam di Madrasah Daril Naim dekat Melor di sini bermula semalam bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 melibatkan Kluster Halban.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, langkah segera itu diambil berikutan 47 daripada 161 orang termasuk beberapa keluarga dari kawasan itu telah dikuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, Hospital Tumpat dan Hospital Sultan Yahya Petra di Kuala Krai.

“Kawalan 24 jam itu melibatkan sembilan anggota polis untuk bertugas di sepanjang kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD).

“Kita sudah menutup dua laluan ke madrasah tersebut bagi memastikan seramai 114 orang yang berada di dalam kawasan itu tidak keluar selain mereka perlu mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya ketika melakukan tinjauan di pekarangan Madrasah Daril Naim hari ini.

PKPD telah dijalankan serta-merta bermula semalam melibatkan penduduk di dalam Kluster Halban.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob semalam.

Bagaimanapun, tempoh PKPD di kawasan itu masih belum dimuktamadkan lagi

Mengulas lanjut, menurut Abdullah, setakat ini, penduduk yang tinggal di dalam kawasan itu telah memberi kerjasama dan akur dengan arahan pihak berkuasa.

Sementara itu Pengerusi Pondok Madrasah Daril Naim, Mohamad Azizi Che Man berkata, pihak madrasah mengambil langkah awal bermula Isnin minggu lalu selepas mendapat maklumat mengenai penularan wabak Covid-19 di kawasan itu.

Katanya, sehubungan dengan itu, pihak madrasah juga tidak mempunyai masalah terutamanya aspek keperluan makanan.

“Secara keseluruhan mereka yang tinggal di madrasah ini adalah seramai 212 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun hingga warga emas berusia 60 tahun.

“Madrasah Daril Naim beroperasi sejak 1993 dan kami berharap penularan Covid-19 di kawasan ini dapat dipulihkan dengan segera,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI