fbpx

Ancelotti akui Everton ‘gayat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIGURDSSON (kiri) muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada Everton awal pagi semalam. – AFP

SHEFFIELD – Meskipun sekadar menang 1-0 ke atas pasukan tercorot, Sheffield United di Stadium Bramall Lane awal pagi semalam, namun ia sudah memadai buat Everton apabila berjaya melonjak menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Pengurus Everton, Carlo Ancelotti mengakui, terkejut dengan kedudukan semasa skuad bimbingannya yang kini sudah mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam saingan EPL selepas terdahulu menewaskan Leicester City, Arsenal dan Chelsea.

“Kesabaran kami dalam perlawanan ini akhirnya berbaloi. Walaupun cuma satu gol, namun ia berjaya menghadiahkan kemenangan yang amat penting kepada kami.

“Kami sama sekali tidak memandang rendah kemampuan lawan walaupun Sheffield menduduki tangga tercorot ketika ini. Mereka masih mampu menghadirkan ancaman berbahaya jika kami tidak berjaga-jaga.

“Cuma saya langsung tidak jangka kami mampu berada di kedudukan sebegini. Saya harap kami dapat terus kekal pada kedudukan ini dan cuba menamatkan saingan setinggi yang boleh,” katanya.

Pemain tengah Iceland, Gylfi Sigurdsson muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-80 sekali gus membolehkan Everton kini ketinggalan dua mata sahaja lagi di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Sebagai rekod, kali terakhir Everton tewas dalam saingan EPL adalah ketika dikejutkan 0-1 kepada Leeds United hujung November lalu.

Skuad The Toffees berpeluang mengukuhkan kedudukan mereka sekiranya berjaya menewaskan salah satu pasukan pilihan, Manchester City yang kini berada pada tempat kelima, untuk aksi seterusnya di Goodison Park awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI