fbpx

Peniaga sambilan menang RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nik Rizalmi bersama hadiah yang diterima selepas menjuarai pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 - Siri 3 di Lumut hari ini.

LUMUT – Seorang peniaga sambilan dari Pasir Puteh, Kelantan, hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk menaikkan ikan gemang seberat 1.335 kilogram (kg) bagi menjuarai pertandingan memancing
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 – Siri 3 di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Mohd. Nik Rizalmi Nik Baharudin, 26, membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan hadiah sampingan berupa hamper dan barangan aktiviti luar Igloo.

Menurut Nik Rizalmi beliau mula memancing di kawasan Lumut Waterfront pada pukul 8.30 pagi dan 47 minit kemudian dapat merasakan umpan udang yang digunakannya dimakan ikan.

“Saya tidak menunggu masa lama dan dalam tempoh kira-kira seminit berjaya menaikkan ikan gemang dan tidak sangka ia adalah ikan terberat berjaya ditangkap dalam pertandingan ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima hadiahnya daripada Pengarah Kanan Domestik dan Acara, Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar pada majlis penyampaian hadiah acara itu hari ini.

Nik Rizalmi yang minat memancing sejak berusia tujuh tahun berkata, ini adalah kemenangan pertamanya bagi acara memancing kawasan pantai.

“Kemenangan ini amat berbaloi dan mampu menghilangkan keletihan saya dan empat rakan yang berulang-alik antara Kedah dan Perak bagi menyertai enam pertandingan memancing termasuk hari ini dalam tempoh seminggu ini,” katanya.

Hadiah wang tunai keseluruhan RM70,500 disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga ke-80 selain 50 unit hamper dan 15 unit barangan aktiviti luar Igloo. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI