fbpx

PDRM sita lebih RM126 juta hasil Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainuddin Yaacob

PETALING JAYA – Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (BSJPWH) Bukit Aman telah menyita lebih RM126 juta hasil kegiatan Macau Scam, jenayah terancang (Sosma), penipuan dan judi online dalam tempoh 11 bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, lebih RM93 juta sitaan membabitkan wang didalam akaun bank dan diikuti hartanah (RM17,875,000), pelbagai kenderaan (RM9,022,725), wang tunai (RM3,616,144), cek bernilai RM20,429 dan 116,549,185 unit saham.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob mendedahkan sebanyak 158 kertas siasatan dibuka BSJPWH dalam tempoh 11 bulan tahun ini berkaitan kes berskala besar termasuk Macau Scam, jenayah terancang (Sosma), Ops Khazanah, penipuan dan judi online.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 124 kertas siasatan dibuka oleh JSJK dan diikuti Jabatan Siasatan Jenayah (33) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (1).

“Sepanjang tahun 2019 kita buka 138 kertas siasatan, namun tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 20 kes walaupun berbaki sebulan untuk akhir tahun.

“Walaupun kertas siasatan bagi tahun 2019 dibuka sedikit berbanding 11 bulan tahun ini, namun jumlah sitaan tahun lepas mencecah 1.2 bilion susulan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya dalam wawancara khas bersama media di Menara KPJ, Jalan Tun Razak baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembekuan dan pelucuthakan harta, Zainuddin berkata, sesuatu harta yang disyaki hasil daripada aktiviti haram akan dibekukan untuk menghalang penjenayah melakukan apa-apa transaksi berkaitan harta tersebut mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Jelas beliau, tempoh pembekuan itu akan berkuat kuasa selama 90 hari dari tarikh perintah pembekuan dikeluarkan sebelum tindakan penyitaan dilakukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI