fbpx

Daerah di Britain akan kuat kuasa tandas tanpa jantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah daerah di England meluluskan penggunaan tandas tanpa label. - Getty Images

LONDON – Majlis Daerah Southshireshire di England bakal melaksanakan polisi baharu memperkenalkan tandas terbuka tanpa label jantina di semua bangunan di kawasan itu.

Langkah itu dipersetujui dalam mesyuarat peringkat daerah luar biasa baru- baru ini, setelah usul itu dikemukakan oleh ahli majlis tempatan, Alexandrine Kantor, lapor DailyStar semalam.

Usul itu mengatakan dewan percaya lelaki transgender ialah lelaki, wanita transgender ialah wanita dan gender bukan binari iaitu bukan lelaki atau wanita adalah setaraf.

“Golongan transgender berhak mendapat penghormatan dan autonomi. Transphobia (fobia kepada golongan transgender) meninggalkan kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan individu transgender.

“Sebagai pemimpin masyarakat, sudah menjadi tugas kami untuk berusaha mewujudkan masyarakat yang terbuka dan bersuara menentang transphobia serta menjelaskan tiada toleransi dalam soal itu.

“Sudah menjadi tugas kita sebagai pemimpin masyarakat berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang terbuka dan berani bersuara menentang transphobia dan menjelaskan tiada toleransi dalam hal itu,” tulis usul tersebut.

Usul tersebut disokong oleh seorang lagi ahli majlis tempatan David Rouane yang memberitahu, dia menerima aduan daripada golongan transgender.

“Mereka berasa tidak diterima untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kita,” katanya.

Seramai enam orang ahli majlis daerah berkenaan tidak mengundi usul tersebut.

Seorang ahli majlis Hijau, seorang ahli majlis bebas dan empat ahli majlis konservatif tidak memilih.

Salah seorang ahli majlis tempatan atau daerah berfahaman konservatif, David Bart mengundur diri kerana beranggapan perkara tersebut adalah di luar skop mesyuarat.

Namun kebimbangan Bartholomew ditepis Kantor yang menegaskan pihak majlis perlu mendidik masyarakat menerima golongan transgender kerana mereka terdiri daripada kalangan penduduk yang tinggal di situ. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI