fbpx

Remaja maut motosikal rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 197.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 197.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Aqrabin Amsyar Zakaria, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Honda PCX yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kenderaan berat tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang beralamat di Kampung Tengah Paya Redan, Pagoh, Johor telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Hasil maklumat awal, remaja tersebut juga dipercayai bekerja di sebuah kedai tayar,” katanya.

Katanya, pemandu lori terbabit berusia 39 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI