fbpx

‘Naim cedera di bahagian sumber rezekinya, perlu rehat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedaaan kereta yang dinaiki Naim selepas kemalangan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Naim Daniel dinasihatkan berehat secukupnya selepas mengalami kecederaan ringan di bahagian rahang susulan terlibat dalam kemalangan minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Urusan Worldpeace Entertainment, Usaid Hamdi apabila Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, gagal menghadirkan diri ke majlis pelancaran lagu Lara kolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Menurut Usaid, Naim masih menunggu keputusan daripada pihak hospital berkenaan kecederaan di bahagian rahangnya.

“Beberapa hari selepas kejadian, dia masih okey. Tetapi kelmarin dia mengadu sakit dan mahu datang ke pelancaran lagu Lara pada hari ini.

“Tetapi kerana terlampau sakit, doktor meminta dia untuk berehat dahulu dan mendapatkan rawatan sementara menunggu keputusan pemeriksaan rahang tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada sidang akhbar lagu Lara di sini semalam.

Dalam pada itu, Usaid berterima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan industri yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan Naim.

“Kemungkinan keputusan perubatan itu akan diperolehi pada hari ini atau esok.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan agar Naim dapat kembali dengan lebih kuat. Penting untuknya terus berehat kerana kecederaan yang dialaminya di bahagian yang merupakan punca rezekinya,” katanya.

Terdahulu, Naim berdepan situasi cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis lalu.

Menurut Naim, kereta jenis Ford Ranger pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI