fbpx

Empat kertas cadangan dibentang dalam MKBKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

PUTRAJAYA – Empat kertas pertimbangan dan kertas makluman telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak (MKBKK) Bilangan 1 Tahun 2020.

Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu telah mengemukakan cadangan Penubuhan Jawatankuasa Task Force bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak yang akan diketuai oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Statistik oleh KKM menunjukkan bahawa sejak 18 Mac lalu, Talian Sokongan Psikososial Covid-19 telah menerima sebanyak 43,078 panggilan di mana sejumlah 1,163 atau 2.7 peratus panggilan adalah daripada kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

“Oleh itu, dua kertas pertimbangan dibentangkan antaranya menyentuh isu dan resolusi oleh Majlis Perwakilan kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, kertas pembentangan itu juga termasuk mengenai Konsultasi bersama Kanak-kanak oleh Pesuruhjaya kanak-kanak, SUHAKAM.

“Dua kertas lagi ialah kertas makluman mengenai situasi jenayah melibatkan kanak-kanak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jenayah siber seksual terhadap kanak-kanak oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu ialah cadangan semakan semula dasar dan pelan tindakan kanak-kanak negara oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (kertas makluman),” jelasnya.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI