fbpx

Pesara tentera dihukum gantung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarmayade Abdullah dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh seorang warga emas tiga tahun lalu.

KOTA BHARU – Perbuatan kejam seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membunuh seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di rumahnya tiga tahun lalu terbalas apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, Zarmayade Abdullah ,44, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Katanya, oleh itu, tertuduh telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang disabitkan hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, dalam rayuan terhadap anak guam, peguam Wan Abdullah Thani, memohon agar mahkamah meneliti latar belakang tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, Zarmayade didakwa telah membunuh Rokiah Mamat,61, di sebuah rumah di Kampung Mengkebang, Jalan Batu Lada dekat Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi dan 3.30 petang pada 12 April 2017.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 27 orang saksi untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Rokiah ditemui dalam keadaan berlumuran darah dipercayai disamun sebelum dibunuh di rumahnya di Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada dekat Kuala Krai.

Mangsa ditemui mati oleh anak keduanya yang bertugas sebagai seorang guru ketika pulang dari mengajar kira-kira pukul 3.30 petang.

Susulan daripada kejadian itu, tertuduh yang juga berasal dari Kuala Krai ditahan oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kuala Krai di sekitar daerah itu untuk membantu siasatan.

Polis turut menemui sebentuk cincin emas dipercayai milik mangsa yang ada bersama Zarmayade.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI