fbpx

Keajaiban alam semesta sekali dalam 800 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ planet Zuhal dirakam NASA pada 31 Ogos 2012. – AFP

LONDON – Orang ramai di serata dunia berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam semesta yang hanya berlaku sekali dalam 800 tahun semalam, lapor akhbar Mirror UK.

Fenomena itu berupa cahaya terang seperti sinaran sebutir bintang yang berlaku apabila planet Musytari dan planet Zuhal berada dalam kedudukan paling dekat pada orbit masing-masing dan sebaris.

Penganut Kristian menamakan fenomena tersebut sebagai Bintang Krismas kerana ia berlaku ketika solstis musim sejuk di hemisfera utara.

Pengarah Balai Cerap dan Planetarium Armagh di Ireland Utara, Professor Michael Burton berkata, walaupun jarak terdekat kedua-dua planet itu adalah lebih 600 juta kilometer antara satu sama lain, mata kasar yang memandang dari Bumi akan melihatnya sebagai sebuah objek bersinar di langit.

“Kedudukan kedua-dua planet itu selari pada sudut hanya 0.1 darjah iaitu satu per lima daripada saiz diameter bulan penuh dan ia menjadi objek paling terang di langit.

“Fenomena tersebut berlaku pada waktu siang dan ia dipercayai kali terakhir berlaku pada tahun 1226 iaitu 800 tahun yang lalu,” katanya.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam satu kenyataan turut memberi panduan untuk memudahkan melihat fenomena tersebut.

“Cari tempat yang tiada halangan untuk melihat langit seperti padang atau taman rekreasi.

“Musytari dan Zuhal akan kelihatan sangat terang, malah orang ramai dapat melihatnya dari kebanyakan bandar.

“Sejam selepas matahari terbenam, lihat ke arah langit di sebelah barat daya. Musytari akan kelihatan seperti bintang yang terang dan mudah dilihat,” jelas NASA.

Tambah kenyataan tersebut lagi, empat bulan besar Musytari turut dapat dilihat apabila fenomena itu dilihat menggunakan teropong atau teleskop kecil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI