fbpx

Sunmi hidap masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNMI

BEKAS anggota kumpulan Wonder Girls, Sunmi membuat satu kejutan apabila mendedahkan masalah kesihatan mental yang pernah dihidapinya lima tahun lalu.

Pendedahan eksklusif tersebut dilakukan Sunmi dalam satu episod program Running Girl. Dia sekali gus membuat pengakuan menghidap penyakit boderline personality disorder.

“Saya didiagnosis dengan penyakit borderline personality disorder. Itulah yang mengganggu kehidupan seharian saya selama ini.

“Namun, masalah kesihatan itu dapat diatasi dengan pengambilan ubat dan keadaan semakin bertambah baik,” dedahnya.

Tidak dapat menahan air mata ketika bercerita, Sunmi mendakwa, tempoh tersebut adalah waktu paling tepat untuk dia berehat buat seketika daripada dunia hiburan.

Beritahunya, dia tampil bersama kumpulan Wonder Girls pada usia yang sangat muda, iaitu ketika berusia 18 tahun.

Lantaran kesibukan kerja, dia tidak menikmati usia muda sebagaimana remaja lain.

Borderline personality disorder merupakan gangguan mental yang sering dikaitkan dengan perasaan tidak tenang, perilaku diri yang tidak menentu dan bercampur masalah depresi dan panik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI