fbpx

Lima nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA nelayan warga Indonesia ditahan di kedudukan 52 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, Teluk Kumbar semalam.

GEORGE TOWN – Hasrat lima nelayan warga Indonesia mencari hasil laut di perairan negeri ini tanpa kebenaran mengundang padah apabila ditahan anggota Maritim Malaysia di kedudukan 52 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi di sini semalam.

Nelayan terdiri tekong dan empat awak-awak berusia 22 hingga 46 tahun itu diberkas selepas bot yang dinaiki berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 2.37 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata, bot nelayan asing yang disyaki dari Indonesia itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara ini ketika anggota menjalankan rondaan Op Benteng Laut dan Op Pertiwi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selain itu, nelayan terbabit juga tidak memiliki sebarang kebenaran melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot dan tahanan kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini bagi menjalani proses saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Kes akan disiasat di bawah Sek 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI