fbpx

Bahagiakan anak, rahsia rezeki melimpah – Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syatilla bersama suami dan anak-anaknya.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin yakin rezeki akan melimpah jika mengutamakan kebahagian anak-anak.

Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, berpendapat ibu bapa perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa terabai.

“Saya perasan satu benda, lagi banyak kita gembirakan anak-anak, lebih melimpah-limpah rezeli yang Allah SWT akan beri.

“Bukan susah hendak bahagiakan mereka, salah satu caranya ialah apabila anak datang kepada kita, letak telefon bimbit di tepi dan layan mereka,” tulisnya dalam satu entri Instagram semalam.

Tambah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu, tindakan tersebut bukan sahaja membuatkan anak-anak berasa gembira tetapi dihargai kerana memberi tumpuan pada mereka.

“Mereka pasti akan rasa sangat seronok sebab dapat perhatian daripada ibu bapa,” katanya.

Terdahulu, Syatilla dan Shaheizy mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI