fbpx
Dua wanita di Carolina Utara dipercayai bertumbuk kerana berebut PS5. - Twitter

Wanita bertumbuk rebut PS5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RALEIGH, Carolina Utara – Dua wanita dirakam saling berbalas tumbukan di sebuah gedung beli-belah Walmart di bandar Charlotte, Carolina Utara gara-gara berebut konsol permainan Sony PlayStation 5 (PS5) baru-baru ini.

Satu rakaman video memaparkan aksi pergaduhan mereka kini tular di media sosial.
Menerusi klip video itu, seorang wanita berambut tocang menjerit ke arah wanita kedua berbaju sejuk yang cuba mengambil konsol PS5 yang diletakkan di bahagian jualan barangan elektronik gedung berkenaan.

“Apa yang kamu cuba lakukan?” jerit wanita berambut tocang itu.

Menurut laporan portal TMZ semalam, mereka berdua dipercayai berebut untuk mendapatkan satu-satunya konsol PS5 yang ada di situ.

Usaha orang ramai yang mahu menenangkan kedua-dua individu itu gagal apabila wanita berambut tocang itu enggan berhenti menjerit.

Kedua-dua wanita terus bertengkar dan berakhir dengan wanita berambut tocang ditumbuk lalu rebah ke lantai.

Polis tiba ke tempat kejadian tetapi kedua-dua wanita itu sudah meninggalkan premis berkenaan.
Paling melucukan, kedua-dua mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong tanpa konsol PS5, lapor TMZ. – Agensi

POPULAR