fbpx

Suspek perdaya PS5 bergerak solo sejak dua tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menerima lapan laporan membabitkan kes dakwaan penipuan pembelian alat permainan konsol PlayStation 5 oleh seorang lelaki baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Mohd. Asmadi Yusoff berkata, pihaknya pernah menahan suspek berusia 23 tahun sebelum ini bagi siasatan lanjut dan telah dibebaskan.

“Setakat ini, lapan laporan polis diterima di Pulau Pinang membabitkan kerugian mangsa kira-kira RM28,000.

“Berdasarkan keterangan suspek, dia memperoleh PS5 itu daripada pembekal lain namun kita masih menyiasat kes ini dengan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan hampir 200 pembeli pratempahan konsol permainan PlayStation 5 mendakwa kerugian kira-kira RM500,000 selepas diperdaya individu yang membina reputasi sebagai ‘penjual dipercayai’ atau trusted seller, namun belum memperolehi barangan itu.

Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Asmadi berkata, kes-kes penipuan melibatkan modus operandi jenayah siber seperti pinjaman tidak wujud, pelaburan ahlong pada tahun ini sehingga Oktober merekodkan sebanyak 2,494 kes.

“Kerugian yang dialami oleh mangsa melibatkan jumlah hampir RM79 juta, dan ia merangkumi 14.36 peratus daripada kerugian kes yang disiasat di seluruh negara.

“Kita juga mendapati kes jenayah siber di Pulau Pinang turut meningkat sehingga 28.2 peratus pada tahun ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`