fbpx

TUDM semakin hampir terima LCA/FLIT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

SUBANG- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semakin hampir menerima pesawat dwifungsi tempur ringan dan latihan lanjutan (LCA/FLIT).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pihaknya telah menerima aliran tunai untuk perolehan berkenaan namun tidak menyatakan jumlah tersebut.

Bagaimanapun, katanya pesawat itu dijangka memasuki perkhidmatan TUDM dalam tempoh tiga tahun.

Tambahnya, pihaknya akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan mengenai kaedah tender yang akan dikeluarkan.

“TUDM telah memohon bajet untuk perolehan fasa 1 bagi 18 buah pesawat melalui pendaftaran projek baharu 2021.

“Permohonan untuk perolehan fasa 2 untuk 18 buah lagi akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

TUDM memerlukan 36 buah pesawat menerusi Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Dalam pada itu, beliau berkata senarai akhir jenis pesawat yang menjadi pilihan akan dimuktamadkan.

Antara pesawat LCA/FLIT yang pernah disebut-sebut memasuki inventori TUDM ialah FA-50, Jas-39 Gripen, dan Yak-150. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI