fbpx

Suhu -50 darjah Celsius tetapi tetap kena pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKAMPUNGAN Oymyakon di Rusia adalah kawasan paling sejuk untuk didiami di dunia. – Ilya Varlamov/Wikimedia Commons

MOSCOW – Kanak-kanak di perkampungan Oymyakon, Rusia mungkin antara pelajar paling kuat dan gigih di dunia apabila mereka sanggup pergi ke sekolah dalam suhu di bawah paras beku – 50 darjah Celcius.

Menurut laporan portal Od­dity Central kelmarin, itu adalah prosedur standard kerana satu-satunya sekolah di Oymyakon itu hanya ditutup apabila suhu turun di bawah -52 darjah Celcius.

Kanak-kanak yang berusia le­bih 11 tahun harus belajar untuk menjadi lebih kuat kerana mereka hanya dibenarkan duduk di rumah jika suhu turun di bawah -52 darjah celsius.

Suhu pada waktu siang tahun ini adalah sekitar -50 darjah Celsius yang bermaksud murid-murid dari semua peringkat umur harus menahan kesejukan dan pergi ke sekolah setiap pagi.

“Kanak-kanak di sini berjalan kaki ke sekolah dengan ibu bapa mereka dan ada juga ditemani anjing, manakala murid dari kampung lain perlu menaiki bas untuk ke sekolah.

“Perjalanan menaiki bas mengambil masa 10 hingga 18 minit,” kata jurugambar Rusia, Semyon Sivtsev kepada akhbar Siberian Times baru-baru ini.

 

 

KANAK-KANAK di Oymyakon pergi ke sekolah dalam keadaan cuaca sejuk mencecah -50 darjah Celsius. – Youtube

 

Menurut Sivtsev, dia sendiri tidak tahan dengan cuaca sejuk melampau di perkampungan itu ketika menjalani penggambaran pada 8 Disember lalu apabila suhu berada pada sekitar -51 darjah Celcius.

Pada bulan Disember setiap tahun, matahari terbit sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) di Oymyakon, jadi pada pukul 9 pagi, ketika sekolah bermula, cuaca masih gelap dan suhunya sangat rendah.

Pelajar perlu berada di sekolah hingga pukul 5 petang, kira-kira tiga jam selepas matahari terbenam, jadi mereka terpaksa menempuh suhu yang sangat rendah dalam perjalanan pulang ke rumah.

Perkampungan Oymyakon merupakan kawasan yang di­iktiraf sebagai tempat paling sejuk dan paling lama dihuni di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI