fbpx

Harga RON95, RON97 naik lima sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik lima sen kepada RM1.78 seliter berbanding RM1.73 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 25 Disember depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik lima sen daripada RM2.03 kepada RM2.08 seliter.

“Harga runcit diesel pula naik tiga sen iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI