fbpx

Tiga beradik selamat disemadikan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah tiga beradik, selamat disemadikan di dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, di sini sebentar tadi.
Orang ramai dan ahli keluarga memenuhi Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat bagi menguruskan majlis pengkebumian jenazah tiga beradik.

MELAKA – Suasana pilu menyelubungi pengebumian jenazah tiga anak syurga yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang semalam.

Jenazah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim, 3, Muhammad Affan Hafiy berusia setahun, selamat disemadikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, di sini sebentar tadi.

Jenazah ketiga-tiga beradik itu tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak di kediaman ayah mereka di Taman Seri Jati, Batu Berendam di sini kira-kira pukul 10 malam.

Solat jenazah kemudian dilaksanakan oleh ahli keluarga dan sanak saudara di kediaman tersebut sebelum di bawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter.

Ayah mangsa, Muhammad Alhafiz, 29, turut dilihat hampir pengsan dan dipapah oleh ahli keluarga sewaktu solat jenazah dijalankan.

Turut dilihat bersama-sama ahli keluarga mangsa adalah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI