fbpx

Pensyarah teruja menang hadiah Honda Jazz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Nasiruddin bersama isteri selepas menerima hadiah utama Honda Jazz sempena Kempen Hari Guru dan Jururawat 2020 anjuran Bank Islam di Bank Islam Seri Iskandar semalam. Foto AIN SAFRE BIDIN

SERI ISKANDAR – Kegembiraan jelas terpapar di wajah seorang pensyarah reka bentuk grafik dan digital media ketika diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Hari Guru dan Jururawat 2020 oleh Bank Islam Malaysia Berhad di sini semalam.

Mohd. Nasiruddin Abdul Aziz, 33, ketika ditemui berkata, dia sememangnya tidak menyangka akan memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta jenis Honda Jazz bernilai RM72,500.

“Pada awalnya saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Bank Islam Seri Iskandar dan saya ingatkan ia adalah ‘scam’.

“Selepas diyakinkan pihak Bank Islam, barulah perasaan gembira dan teruja itu datang. Ini adalah rezeki anak pertama saya yang sedang dikandung isteri,” katanya ketika ditemui di Bank Islam Seri Iskandar semalam.

Katanya, isterinya, Nuramanina Mohd. Hizam, 24, juga pernah memasang hasrat untuk membeli Honda Jazz dan mereka tidak sangka menerima hadiah kereta berkenaan dengan menyertai kempen tersebut.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan Pengurus Pengguna Negeri (Perak) Bank Islam, Aziz Zaini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed.

Mohd. Muazzam berkata, pihaknya telah menganjurkan kempen sempena Hari Guru dan Jururawat itu sejak 2015 bagi menghargai pelanggan dalam segmen tenaga kerja.

“Kempen yang berlangsung selama lapan bulan ini merupakan cara kami untuk menghargai sumbangan pelanggan dan pada masa sama menyediakan perkhidmatan kewangan patuh syariah lengkap yang sesuai dengan keperluan khusus pelanggan.

“Kami amat berbesar hati di atas sokongan padu yang diberikan pelanggan terhadap kami dan sebagai balasannya Bank Islam menawarkan hadiah berjumlah lebih RM850,000 untuk kempen pada tahun ini,” katanya.

Sebanyak lima Honda Jazz dan lima Perodua Myvi menjadi rebutan dalam kempen tersebut selain baucar tunai bernilai RM10,000 yang akan disalurkan kepada sekolah-sekolah pilihan para pemenang.

Selain itu, 15 pemenang kempen tersebut juga membawa pulang baucar Habib Jewels bernilai RM10,000 setiap satu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI