fbpx

Namat pesan kebumi jenazahnya di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Namat dibawa keluar dari rumah menantunya di Taman Larah Aman, Taiping untuk dibawa ke Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah.-Foto Wat Kamal Abas

TAIPING – Legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah, 74, yang meninggal dunia di kediaman menantunya sini hari ini menghidap kanser usus sejak tahun 2017.

Menantunya, Dzul Izwar Mohd. Bakir, 39, berkata, bapa mertuanya menghidap kanser tahap empat dan pernah diserang angin ahmar pada tahun 2015.

Menurutnya, kali terakhir bapa mertuanya dibawa menjalani rawatan berkaitan penyakitnya itu pada 2 Disember lalu di Hospital Taiping.

Katanya, selepas rawatan terakhir itu, bapa mertuanya tidak mahu makan dan minum.

“Semalam keadaannya semakin nazak dan semuanya anak-anaknya balik dan berkumpul di sini.

“Semua anak-anaknya berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.35 petang,” katanya ketika ditemui kediamannya di Taman Larah Aman, Changkat Larah di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak dan 16 cucu.

Menurut Dzul Izwar, jenazah akan dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah untuk dikebumikan esok.

“Bapa pesan kalau dia meninggal dunia, kebumikan dia di sana (Sungai Petani),” katanya.

Allahyarham dilahirkan di Butterworth dan dibesarkan di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Selepas bersara daripada perkhidmatannya di Jabatan Penjara Malaysia, Namat membeli rumah di Sungai Petani.

Allahyarham merupakan antara pemain bola sepak negara yang disegani atas sumbangan besarnya termasuk membantu Harimau Malaya ke Sukan Olimpik Munich 1972. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI