fbpx

Mosti lepasi sasaran komersialkan produk R&D tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memaklumkan sejumlah 386 produk serta teknologi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang dibiayai kerajaan berjaya dikomersialkan bagi tempoh 2016 hingga 2020.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kejayaan itu sekali gus melepasi sasaran ditetapkan ketika Belanjawan 2016 iaitu memastikan 360 produk dikomersialkan menjelang 2020.

“Saya berbangga untuk mengumumkan bahawa Mosti bukan sahaja berjaya melepasi sasaran ini, malah sehingga kini sebanyak 386 produk, teknologi dan perkhidmatan berjaya dikomersialkan.

“Nilai pendapatan yang dijana pula adalah sebanyak RM402 juta.

“Syabas saya ucapkan kepada semua komuniti penyelidik dan usahawan teknopreneur dari institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta yang telah terlibat aktif menjayakan inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2020 secara atas talian menerusi laman sosial rasmi Mosti hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, kejayaan yang dicapai itu akan menjadi perangsang utama untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Sementara itu, beliau berharap agar Sidang Kemuncak MCY 2020 akan menjadi satu suntikan motivasi untuk mengorak langkah ke tahun 2021, meskipun kemajuan pada tahun 2020 agak sedikit terganggu oleh penularan pandemik Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI