fbpx

Lampard kecewa Chelsea ‘lupa diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD menyifatkan keangkuhan barisan pemainnya yang memandang rendah kemampuan Wolves adalah salah satu punca kekalahan Chelsea. – AFP

WOLVERHAMPTON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard menempelak barisan pemainnya yang mensia-siakan kelebihan satu gol apabila tewas pada saat-saat akhir dengan keputusan 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux awal pagi semalam.

Lampard, 42, tanpa berselin­dung mendedahkan, kekalahan itu disebabkan anak-anak buah­nya terlalu memandang rendah kemampuan Wolves yang beraksi ‘tempang’ tanpa kehadiran penyerang utama, Raul Jimenez

“Jika mahukan kemenangan, anda perlu menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan, namun berbeza dengan kami apabila bermain dengan sikap terlalu memandang rendah keupayaan pihak lawan.

“Mungkin pemain-pemain fikir kami bermula dengan baik dalam perlawanan ini selepas (Olivier) Giroud membuka tirai jaringan. Kalau terlalu yakin, ia mungkin boleh memakan diri dan itulah yang berlaku kepada kami,” luah Lampard.

Lebih malang, dua gol Wolves daripada Daniel Podence dan Pedro Neto menyaksikan The Blues kini mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terdahulu tewas mengejut 0-1 kepada Everton minggu lalu.

Sementara itu, pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante turut meluahkan kekecewaannya sambil mengakui kekalahan tersebut disebabkan benteng pertahanan yang terlalu rapuh pada penghujung perlawanan.

“Kecewa kalah seperti ini tetapi saya perlu terima hakikat kami tidak bermain dengan baik. Kami terdesak mencari gol kemenangan sewaktu kedudukan terikat 1-1 dan ketika itulah kami dikejutkan dengan satu serangan balas pantas daripada Wolves,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI